Welcome to our online store

Soalan Lazim (FAQ)

SOALAN 1
APA ITU NOMBOR PUSAT SERVER / GATEWAY?
Setiap arahan SMS perlu dihantar ke pusat ini bagi memproses semua arahan dari anda. Setiap arahan yang dihantar TIDAK dapat dibatalkan.

SOALAN 2
MENGAPA ADA NOMBOR PUSAT SERVER CELCOM, MAXIS ATAU DIGI?
Ianya disediakan berasingan agar anda dapat mengaktifkan penjimatan 1 Sen SMS ke pelan 8pax/15pax (jika anda pengguna SIM Celcom), activ10 (jika anda pengguna SIM Maxis) dan DiGi Friends & Family (jika anda pengguna SIM DiGi).

SOALAN 3
BOLEHKAH SAYA MENDAFTAR SELAIN DARIPADA SIM CELCOM/MAXIS/DIGI?
Boleh, tetapi anda tidak akan dapat mengaktifkan penjimatan penghantaran 1 Sen SMS. Cas penghantaran SMS bergantung kepada standard telco.

SOALAN 4
ADAKAH SAYA PERLU MEMBELI NOMBOR TELEFON BARU (SIM CARD) UNTUK MENDAFTAR?
Tidak perlu membeli kad SIM baru. Anda boleh menggunakan nombor telefon yang anda sedang gunakan sekarang.

SOALAN 5
SAYA MERUPAKAN PENGGUNA TALIAN PASCABAYAR (POSTPAID), BOLEH SAYA MENYERTAI
TOPUP2U.COM?
Boleh tapi kami tidak galakkan. Tidak ada masalah kerana kami juga menerima pendaftaran anda jika anda merupakan talian postpaid Maxis/Celcom/Digi. Anda boleh menggunakan sistem topup ini untuk tujuan bisnes atau kemudahan untuk keluarga. Cuma membimbangkan akan cas SMS yang akan anda hantar ke server jauh lebih tinggi kos berbanding jenis prepaid, yang mana prepaid dapat mengaktifkan nombor penjimatan seperti 8pax/activ10/Digi Friends dan sebagainya.

SOALAN 6
ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN NOMBOR MNP (NOMBOR YANG SUDAH DITUKAR SERVIS KE TELCO LAIN)?
Boleh, tiada masalah. Asalkan ianya masih dibawah telco Celcom/Maxis/DiGi.

SOALAN 7
ADAKAH SAYA PERLU MEMPUNYAI AKAUN BANK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENDAPATKAN KOMISEN?
Tidak. Komisen akan dibayar terus ke akaun modal topup anda, bukan ke akaun bank.

SOALAN 8
BOLEHKAH SERVER MELAKUKAN JUALAN TOPUP UNTUK NOMBOR DAN JUMLAH YANG SAMA LEBIH DARIPADA SEKALI DALAM TEMPOH 24 JAM?
Boleh, system membenarkan untuk topup nombor dan jumlah yang sama kali kedua selepas 30minit topup kali pertama.

SOALAN 9
JIKA SAYA TERSALAH MEMASUKKAN NOMBOR KETIKA TOPUP, DAPATKAH IA DITARIK BALIK?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik balik. Jika ini berlaku,  pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian yang anda alami. Pastikan nombor yang anda ingin topup adalah tepat sebelum hantar ke server.

SOALAN 10
ADAKAH MODAL AGEN YANG MELAKUKAN TOPUP INI MEMPUNYAI HAD LIMIT ATAU TEMPOH SAH?
Tidak. Modal yang agen miliki tidak mempunyai had limit, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya.

SOALAN 11
ADAKAH SERVER TOPUP BEROPERASI 24 JAM?
Ya. server beroperasi selama 24 jam. Anda boleh melakukan topup dimana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

SOALAN 12
BERAPAKAH TEMPOH MENUNGGU UNTUK SUATU TOPUP DIPROSES?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 120 saat. Proses yang mengambil masa lebih 10 minit tidak akan diproses. Agen akan mendapat laporan transaksi samada transaksi berjaya atau gagal. Faktor-faktor kelewatan dan kegagalan mungkin berpunca atas beberapa sebab samada dari server atau pusat telco.

SOALAN 13 
YURAN PENDAFTARAN YANG DINYATAKAN ADALAH SEUMUR HIDUP ATAU PERLU DIPERBAHARUI SETIAP HARI/MINGGU/BULAN/TAHUNAN?
Yuran pendaftaran hanya sekali sahaja seumur hidup. Tidak ada cas tambahan dan tidak perlu diperbaharui setiap hari/minggu/bulan mahupun tahunan. Sistem topup ini anda boleh guna sampai bila-bila.

Copyright © 2014. Wholesales Only - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger